CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

21 Jul 2012

Nota peta minda

ingin nota peta minda bab 8 yang ringkas?

20 Jul 2012

Nota Sejarah bab 8

nak dapatkan nota sejarah bab 8 yang ringkas??
klik-->cikgu azid

15 Jul 2012

Islam itu...


"Islam is not about "we're better than you". Islam is about "let's me show you something that is better for you".


:: Islam itu Indah ::

idop berdakwah


Hidup ini adalah sebuah PERJUANGAN..perjuangan memerlukan pengorbanan..tiada hidayah tanpa DAKWAH, tiada dakwah tanpa perjuangan dan tiada perjuangan tanpa pengorbanan...

"Berjuanglah kamu samaada ringan atau berat dan berkorbanlah dengan harta dan jiwa kamu di jalan Allah yang sedemikian itu adalah terlebih baik (kemenangan) bagi kamu jika sekiranya kamu mengerti ."
(Surah At Taubah : 41)

:: KEMENANGAN semanis MADU Perlukan PENGORBANAN sepahit HEMPEDU ::

14 Jul 2012

Penerangan Hadis tentang bulan Ramadan



1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Ilham daripada kesdata


Kelebihan Berpuasa


Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:


Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa 


akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka 


seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka 


lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah 


masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya

Kelebihan Ramadan





Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, 


dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: …Dan sesiapa yang berpuasa di 


bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala 


dosa yang dilakukannya sebelum itu.

Cerita dua : Gigi sakit


Pada suatu hari ada seorang wanita pergi ke klinik gigi untuk mencabut giginya.. lalu doktor gigi bertanya.. "Puan.. gigi mana yang hendak dicabut?" 

Lalu wanita itu menjawab.. "gigi bahagian atas paling belakang" 

Tak lama kemudian doktor dengan alat mencabut gigi mula mencabut gigi wanita itu.. tetapi yang dicabut adalah gigi dibahagian depan.. lalu wanita itu bertanya.. 

"Doktor.. kenapa gigi depan saya yang dicabut? kan yang sakit yang bahagian belakang? 

doktor gigi itu menjawab... 

"sabar la.. kejap lagi sampai la ke belakang"

Cerita satu : Sepuluh..


Selepas beberapa bulan En. Bakhtiar demam tak kebah-kebah, akhirnya beliau berjumpa doctor untuk membuat pemeriksaan. 

Setelah selesai menjalani pemeriksaan, doktor mengeluarkan keputusan dan berkata, 
“Saya ada berita yang tidak baik untuk disampaikan. En. Bakhtiar tidak punya yang lama untuk hidup”.

En. Bakhtiar terkejut, terus bertanya kepada doktor. 
“Berapa lama masa yang tinggal?”

“Sepuluh…” jawab doktor. 

“Sepuluh?” tanya En. Bakhtiar. “Sepuluh apa? Bulan? Minggu? Apa maksud doktor?”

Dengan sedih doktor membilang. “Sembilan... Lapan...Tujuh……”
 
Semua yang Tercatat adalah Hak Milik Kekal History Lover